Michael_Dell
Michael_Dell

Michael_Dell

Michael Saul Dell (dilahirkan pada 23 Februari 1965) ialah seorang ahli perniagaan, pelabur, dermawan, dan pengarang Amerika. Beliau merupakan pengasas dan CEO Dell Technologies, salah satu syarikat infrastruktur teknologi yang terbesar di dunia. Beliau mendududki tangga 39 senarai orang terkaya di dunia oleh Forbes, dengan nilai bersih sebanyak AS$ 28.6 bilion pada September 2018.Pada tahun 2011, 243.35 juta saham Dell Inc. bernilai $3.5 bilion, memberinya 12% pemilikan syarikat.[2] Hasil kekayaan beliau kira-kira $10 juta ialah melabur dalam syarikat-syarikat lain dan diuruskan oleh sebuah firma yang dikenali sebagai MSD Capital, menggabungkan singkatan Dell.[3] Pada 5 Januari 2013 ia telah mengumumkan bahwa Michael Dell mempunyai tawaran untuk mengambil Dell Inc. milik swasta untuk $24.4 bilion dalam pengurusan belian terbesar sejak Kemelesetan Besar. Dell Inc. secara rasmi menjadi sebuah firma swasta pada 29 Oktober 2013.[4]

Michael_Dell

Pekerjaan Pengasas, Pengerusi dan CEO Dell Technologies
Pasangan Susan Lynn Lieberman (m. 1989)
Anak 4
Warganegara Amerika
Saudara Adam Dell (adik)
Kelahiran Michael Saul Dell
(1965-02-23) 23 Februari 1965 (umur 55)
Houston, Texas, A.S.
Nilai bersih US$28.6 bilion (September 2018)[1]
Pusat pendidikan University of Texas at Austin
Kediaman Austin, Texas, A.S.