Michael_Reiziger
Michael_Reiziger

Michael_Reiziger

Michael John Reiziger (Sebutan Belanda: [ˈmɑi̯kəl ˈd͡ʒɔn ˈrɛi̯zəɣər], lahir 3 Mei 1973) merupakan seorang bekas pemain bola sepak Belanda yang bermain di posisi pertahanan. Selepas beliau mencipta nama di Ajax apabila menjulang trofi Liga Juara-Juara, beliau mewakili empat kelab di empat negara berbeza dan paling terkenal ialah ketika beliau menyarung jersi Barcelona selama tujuh tahun.Reiziger menghabiskan karier antarabangsanya selama satu dekad bersama pasukan kebangsaan Belanda. Beliau telah mewakili negaranya ke tiga edisi Kejohanan Eropah dan satu edisi Piala Dunia.