Michael_Veerapen

Michael Veerapen merupakan seorang pianis, penerbit rakaman dan pengarah muzik Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengarah muzik untuk Penghibur No. 1 Asia, Sudirman Haji Arshad di mana beliau berkhidmat sebagai penyusun muzik untuk lagu "One Thousand Million Smiles".[1] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011) dan Supermokh Sebuah Muzikal (2013).[2]Pada tahun 2017, Veerapen mengikuti ijazah sarjana dalam bidang muzik di Universiti Sains Malaysia di bawah seliaan Dr Johan Othman.[3] Anak beliau, Daniel Veerapen turut bergiat aktif dalam bidang muzik.