Naib Presiden Amerika Syarikat (2017-kini) Mike Pence

Bakal Naib Presiden

Pada 8 November 2016, Pence telah dipilih sebagai bakal Naib Presiden Amerika Syarikat. Pence dijadual untuk mengangkat sumpah jawatannya itu pada 20 Januari 2017 dan menjadi orang Amerika Syarikat ke-48 dan Hoosier (Residen Indiana) keenam yang mengambil alih tugas Naib Presiden.

Pelantikan

Pence mengangkat sumpah sebagai Naib Presiden pada 20 Januari 2017

Pada tengah hari 20 Januari 2017, Pence menjadi Naib Presiden Amerika Syarikat yang ke-48, dilantik memegang jawatan oleh Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, Clarence Thomas dengan menggunakan Alkitab Ronald Reagan. Pence juga menggunakan Alkitab peribadinya semasa mengangkat sumpah jawatan.