Biografi Miki_Fujimoto

Mula melibatkan diri didalam dunia muzik secara solo pada tahun 2002 dibawah Hello! Project. Selepas pementasan muzik,Kōhaku Uta Gassen,Tsunku terus memasukkan dia kedalam kumpulan Morning Musume sebagai ahli Generasi ke-6 bersama-sama Michishige Sayumi,Kamei Eri dan Tanaka Reina.

Dia dan Konno Asami telah "dipinjamkan" kepada Country Musume yang terdiri daripada gadis "country" dari Hokkaido.

Pada Oktober 2002,dia dimasukkan didalam kumpulan tambahan,Gomattou bersama Goto Maki dan Matsuura Aya.Dia juga dimasukkan didalam kumpulan tambahan seperti Odoru 11,11Water,H!P All Stars dan Sexy Otonajan.

Apabila Morning Musume dipecahkan kepada dua kumpulan,dia diletakkan dalamMorning Musume Otomegumi.

Pada 15 Jun 2006,secara sahnya dia dan Matsuura Aya telah digabungkan sebagai duo,GAM.Mereka telah memasarkan beberapa single yang hebat sepanjang penglibatan mereka sebagai GAM.

Pada Mei 2007, apabila Yoshizawa Hitomi meninggalkan Morning Musume, dia telah menjawat jawatan ketua kumpulan

Pada 21 Jun 2007, setelah beberapa minggu majalah Friday menyebarkan berita dia bertemu janji bersama Shōji Tomoharu, dia meletak jawatan dari Morning Musume.Walau bagaimanapun,dia masih aktif bersama kumpulan duo,GAM.

Pada Oktober 2007,dia tidak akan bersama-sama didalam konsert Hello! Project 2008 Winter .Dikatakan bahawa dia masih dibawah hukuman atas skandalnya.

Pada Februari 2008, telah diumumkan kemuculannya kembali dan single terbarunya "Okitegami" yang akan dipasarkan pada 23 April 2008.