Kebudayaan Milenium_ke-4_SM

Perubahan alam sekitar

Berdasarkan kajian-kajian oleh ahli glasiologi Lonnie Thompson (profesor di Universiti Negeri Ohio serta penyelidik di Pusat Penyelidikan Byrd Polar), sebilangan penunjuk menandakan bahawa terdapat perubahan iklim di seluruh dunia pada 5,200 tahun dahulu:

  • Iklim berubah dengan tiba-tiba, dengan kesan-kesan yang teruk.
  • Tumbuh-tumbuhan yang dikebumikan di dalam Litupan Ais Quelccaya di Andes Peru menunjukkan bahawa iklim tiba-tiba berubah dengan teruk dan tumbuh-tumbuhan terperangkap dan dipeliharakan sehingga kini.
  • Seorang lelaki terperangkap oleh glasier Alp ("Oetzi") dan dibeku sehingga penemuannya pada tahun 1991.
  • Gelang-gelang pokok dari Ireland dan England menunjukkan bahawa zaman ini merupakan zaman yang paling kering.
  • Rekod teras-teras ais menunjukkan nisbah bagi dua isotop oksigen yang diperoleh dari padang-padang ais di kemuncak Gunung Kilimanjaro di Afrika, dan merupakan proksi untuk suhu atmosfera pada masa salji turun.
  • Perubahan utama dalam debunga didedahkan oleh teras-teras dasar tasik di Amerika Selatan.
  • Aras-aras metana yang terendah didapati daripada teras-teras ais di Greenland dan Antartika.
  • Permulaan pergurunan Sahara (abad ke-35 SM): Peralihan Gurun Sahara daripada kawasan yang boleh didiami kepada gurun yang tandus.