Kerjaya Miley_Cyrus

Miley mulai berlakon buat pertama kali dengan membintangi siri TV Doc. Beliau kemudian membintangi filem Big Fish dan juga beberapa iklan komersil. Beliau mengikuti pelbagai uji bakat Disney sewaktu berusia 11 tahun. Namun, Disney menganggap beliau terlalu muda. Walau bagaimanapun, semangat Cyrus untuk membintangi siri TV membuatkan Disney memanggilnya kembali untuk uji bakat peranan menerusi Hannah Montana. Walt Disney Records turut melancarkan bunyi runut Hannah Montana di mana Cyrus menyanyikan 8 lagu sebagai Hannah Montana, dan 1 duet bersama ayahnya. Lapan bulan kemudian, album Hannah Montana 2: Meet Miley Cyrus dilancarkan. Pada bulan Disember 2007, majalah Forbes melaporkan hasil kekayaannya ialah 3.5 juta dolar AS, dan melayakkan beliau menduduki tangga ke-17 sebagai 'Artis di bawah usia 25 tahun yang berpendapatan tinggi'.