Sejarah Minimoni

Minimoni ialah idea dari Yaguchi Mari. Kumpulan ini disertai oleh Yaguchi Mari, Nozomi Tsuji, and Ai Kago sebagai Young Morning ( Anak muda Pagi) dilihat dalam episod awal Hello! Morning. Ahli Coconuts Musume, Mika Todd telah dimasukkan dalam kumpulan ini sebelum memasarkan single pertama Minimoni. Pada 2003, Yaguchi keluar untuk mengetuai kumpulan ZYX, sementara Mika Todd mengambil alih tempatnya sebagai ketua baru, dan Takahashi Ai dimasukkan ke dalam kumpulan ini. Generasi kedua ini telah memasarkan 5 single sehingga Mika graduasi dari Hello! Project pada Mei 2004. Kumpulan ini masih tidak diketahui statusnya. Pada 27 May 2009, Tsunku membuat pengumuman bahawa beliau akan menghidupkan kumpulan ini dengan ahli baru untuk menyanyi lagu nyanyian semula Hello! Project.