Minyak buatan ialah minyak yang terdiri daripada sebatian-
sebatian kimia yang pada asalnya tidak wujud dalam
minyak mentah (
petroleum) tetapi dikilang secara buatan (disintesiskan) daripada sebatian-sebatian yang lain. Minyak buatan boleh dijadikan pengganti untuk petroleum atau dikilang khas untuk dijadikan pengganti bagi
minyak pelincir seperti
minyak hitam biasa (atau mineral) yang ditapis daripada petroleum. Minyak buatan hanya dikilang sebagai pengganti untuk petroleum ketika terdapat kekurangan atau kerana petroleum terlalu mahal. Ketika minyak buatan ditapis daripada petroleum untuk menjadi pengganti pelincir, ini secara amnya disebabkan oleh sifat-sifat minyak buatan yang lebih baik. Minyak hitam buatan sering disintesiskan daripada
zat tindak balas (
stok makanan ternakan) yang berasal daripada petroleum melalui
proses Fischer-Tropsch, tetapi sebatian-sebatian dalam minyak hitam buatan mempunyai struktur-
struktur molekul yang berbeza daripada struktur-struktur molekul yang wujud dalam petroleum pada asalnya. Proses Fischer-Tropsch menukarkan
karbon dioksida,
karbon monoksida, dan
metana menjadi berbagai-bagai jenis
hidrokarbon cecair. Karbon dioksida dan karbon monoksida dihasilkan oleh pengoksidaan separa daripada bahan-
bahan api berdasarkan
batu arang dan
kayu. Proses Fischer-Tropsch ini telah diperkembangkan dan digunakan secara meluas dalam
Perang Dunia II oleh
Jerman yang mempunyai bekalan
minyak mentah yang terbatas. Pengeluaran minyak buatan tahunan Jerman mencapai melebihi 90 juta
tan pada tahun
1944. Proses ini kini dipergunakan oleh
Afrika Selatan untuk mengeluarkan kebanyakan
dieselnya daripada batu arang. Terdapat banyak syarikat yang sedang memperkembangkan proses ini untuk membolehkan eksploitasi apa yang digelarkan
rizab gas terlantar yang merupakan rizab-rizab yang tidak dapat dieksploitasikan dengan teknologi
LNG dan talian paip biasa.