Pembikinan Misteri_Jalan_Lama

Filem ini mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan memandangkan filem ini merupakan filem fantasi. Filem ini merupakan filem yang lain berbanding filem - filem arahan Afdlin Shauki. Penggunaan CGI iaitu 15% dalam filem ini,yang perlu diperkemaskankan mengambil masa yang lama bagi filem ini dihasilkan.

Hans Isaac kembali berlakon dibawah Afdlin Shauki untuk kali kelima[2]

Cabaran lain yang perlu ditempuhi ialah mereka kostum yang dilihat memberi kesukaran kerana perlu dihasilkan dengan sesuai. Faktor cuaca juga memainkan peranan kerana kostum tebal digunakan boleh menyebabkan pelakon kurang selesa akibat kepanasan[3].

Selain itu, masalah gangguan daripada makhluk halus turut berlaku apabila mereka menghadapi masalah terlalu banyak pelakon tambahan untuk watak makhluk kaum Nian. Masalah ini diakui oleh pengurus kostum dan penyolek. Mereka menyatakan baju-baju yang digunakan dijumpai disekitar kawsan perhutanan[4].