Plot Mistik_(filem)

Sekumpulan penuntut universiti ditugaskan oleh pensyarah mereka (Professor) untuk membuat kajian mengenai kewujudan unsur-unsur mistik yang terdapat dalam budaya Melayu dan mereka perlu mendokumentasikannya dalam bentuk filem. Mereka memilih sebuah pulau yang terpencil dan tidak berpenghuni untuk menjalankan kajian tersebut. Pelajar yang mengikuti ekspedisi itu terdiri darpada Shafiq selaku ketua kumpulan, Aryan (pelajar dari Indonesia), Mona, Anok (pelajar dari Thailand), Rina, Atirah, Hakim, Jeffrey dan Tasya. Di antara semua pelajar tersebut, Anok yang paling skeptikal kerana tidak mudah mempercayai sesuatu tanpa bukti yang kukuh. Manakala Rina pula seorang yang paling penakut dalam kumpulan tersebut. Mereka semua menuju ke Pulau Bayu Biru dan terpaksa menempuhi pelbagai kejadian aneh lagi menakutkan!