Sumber Mitos_Norse

Kebanyakan mitos ini disampaikan secara lisan, dan kebanyakan daripadanya telah pun hilang. Bagaimanapun, sebahagian daripadanya telahpun dirakamkan oleh pengkaji Nasarani yang terpelajar "enlightened" seperti (khususnya) Snorri Sturluson di Eddas dan Heimskringla, yang menolak idea bahawa dewa pra-Nasarani adalah iblis. Mitos yang serupa dianuti di selatan.

Pengecualian kepada kekurangan dalam sumber dokumen berkaitan dengan mitos sosial Jerman awal boleh dijumpai dalam Kronikal Anglo-Saxon Chronicle, saga Beowulf dan Gesta Danorum oleh Saxo Grammaticus. Maklumat terhad wujud di Germania semasa pemerintahan Tacitus, tetapi Eddas kekal sebagai sumber maklumat utama masa kini.

Maharaja Frankish, Charlemagne dikatakan mengumpulkan koleksi penulisan pra-Nasarani Jerman yang luas, tetapi telah dimusnahkan dengan sengaja selepas kematiannya.

Edda tua "Elder Edda" (atau juga dikenali sebagai Poetic Edda) ditulis pada akhir abad ke-13. Ia mengandungi 29 puisi panjang, darimana 11 darinya berkenaan dewa Jerman, yang lainnya berkenaan hero lagenda seperti Sigurd the Volsung (Siegfried dari Nibelungenlied)kuno "medieval". Pengkaji cenderung memikirkannya sebagai ditulis kemudian daripada Edda lain, tetapi disebabkan kandungannya yang silam, ia dikenali sebagai Edda lebih tua.