Mixtape

Mixtape ialah kompilasi muzik pelbagai sumber yang dirakam dan dihimpunkan dalam suatu medium ditetapkan baik dalam bentuk pita kaset, cakera padat mahupun senarai main digital. Setiap lagu yang terkandung dalam himpunan ini disusun dalam turutan dikehendaki artis atau penerbit berdasarkan tema tertentu, di mana satu lagu yang tamat akan beralih kepada satu lagu lain secara berterusan tanpa henti berdasarkan suntingan mengikut rentak dua-dua lagu berlainan, himpunan ini juga akan terhenti setelah semua lagu-lagu kompilasi habis dimainkan.[1]Medium ini lazim dihasilkan dalam kalangan artis-artis hip hop dan R&B di mana ia terdiri daripada suatu album independen yang sering diedarkan secara percuma untuk tujuan mengiklan diri mahupun mengelakkan pelanggaran hak cipta. Ia sering difikirkan oleg sesetengah pengulas muzik sebagai "bentuk seni paling kerap dikaryakan di Amerika Syarikat" (the most widely practiced American art form).[2][3]

Rujukan

WikiPedia: Mixtape http://www.events-in-music.com/burnlist-mix-tapes.... http://www.merriam-webster.com/dictionary/mixtape http://www.nybooks.com/articles/17096 http://www.salon.com/tech/feature/2004/01/22/mix_t... https://www.nytimes.com/2003/01/30/technology/circ... https://www.theguardian.com/arts/fridayreview/stor... https://www.thenation.com/article/unforgettable/ https://www.washingtonpost.com/ac2/wp-dyn?pagename... https://web.archive.org/web/20061210001213/http://... https://web.archive.org/web/20080223100154/http://...