Model_Piawai

Model Piawai fizik zarah merupakan teori tiga daripada empat interaksi asas zarah yang diketahui. Zarah-zarah ini menyempurnakan segala jirim yang terdapat di alam semesta. Setiap uji kaji berkaitan dengan fizik kuasa tinggi yang dijalankan sejak pertengahan abad ke-20 jelas mempamerkan hasil yang sama dan konsisten iaitu, Model Piawai. Namun begitu, Model Piawai tetap bukanlah teori interaksi asas kerana model ini tidak termasuk graviti, jirim gelap dan tenaga gelap.