Model_hubungan
Model_hubungan

Model_hubungan

Model hubungan bagi pengurusan pangkalan data ialah sebuah model pangkalan data berasaskan logik predikat tertib pertama, yang mula-mula dirumuskan dan diusulkan oleh Edgar F. Codd pada tahun 1969.[2][3][4]Tujuan model hubungan ialah menyediakan kaedah pengisytiharan bagi menyatakan data dan pertanyaan: para pengguna secara langsung menyatakan maklumat apa yang terkandung dalam pangkalan data dan maklumat apa yang mereka mahukan daripadanya, lalu membiarkan perisian sistem pengurusan pangkalan data mengurus pemerihalan struktur data untuk penyimpanan data dan tatacara dapatan semula bagi menjawab pertanyaan.Pelaksanaan asli IBM bagi cadangan Codd ialah System R. Terdapat beberapa produk komersial dan sumber terbuka berasaskan idea Codd, termasuklah IBM DB2, Oracle Database, Microsoft SQL Server, PostgreSQL, MySQL, dan banyak lagi, kebanykannya menggunakan pentakrifan data dan bahasa pertanyaan SQL. Sesebuah jadual dalam skema pangkalan data SQL bersamaan dengan sebuah pembolehubah predikat; kandungan jadual kepada hubungan; kekakang kekunci, kekangan lain, dan pertanyaan SQL bersamaan dengan predikat. Walau bagaimanapun, pangkalan data SQL, termasuk DB2, diterbitkan daripada model dalam banyak perincian; Codd dengan tegas menentang sebarang penyimpangan yang menjejaskan prinsip yang asal.[5]