Kerjaya Mohamed_Zahir_Ismail

Beliau mula menjadi pengamal undang-undang sebagai peguam pada tahun 1956. Selepas kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu, beliau dilantik sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah dari 1959-1963. Kemudian beliau dilantik sebagai Menteri Besar Kedah. Pada 1963, beliau telah dilantik sebagai Senator Dewan Negara Malaysia pada Ogos 1963 untuk 2 penggal (3 tahun untuk setiap penggal).

Beliau aktif dalam pembentukan Malaysia, berkhidmat sebagai diplomat di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu dan menjadi wakil Malaya dalam Suruhanjaya Cobbold. Pada 1975, beliau dilantik pula sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Sebagai tokoh politik yang terkenal, beliau telah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Rakyat[1] untuk tempoh 24 tahun selepas Pilihan raya umum Malaysia 1982. Ketika berkhidmat, beliau juga telah dilantik sebagai Presiden Persatuan Parlimen Komanwel, Forum Parlimen Asia Pasifik, dan Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN.