Perkahwinan Mohammad_Kassim_Datuk_Nika_Haji_Abdul_Rashid

Undang Datuk berkahwin dengan Toh Puan Rafeah binti Kassim, berketurunan orang-orang besar Pulau Tawar dekat Jerantut. Perkongsian beliau berdua dikurniakan Allah dengan enam cahaya mata, dua lelaki dan empat perempuan. Beliau mempunyai 12 cucu.Semasa hayatnya beliau dikenali oleh semua golongan. Beliau banyak berkhidmat meninggikan taraf hidup rakyatnya terutama mereka yang tinggal di luar bandar. Satu daripada projeknya ialah rancangan perumahan di Ampangan dikenali dengan nama Kampung Datuk Kelana Mohammad Kassim. Beliau sentiasa menggalakkan rakyatnya supaya berkecimpung dalam bahagian pembangunan dan perniagaan. Beliau juga sangat-sangat mengambil berat tentang bidang pertanian dan ternakan.