Mohammed_Alzaanin

Mohammed J. H. Alzaanin ialah seorang penjawat awam Palestin yang tinggal di Gaza. Beliau ialah seorang kakitangan kerajaan di Kementerian Dalam Negeri Palestin.[1] Beliau ialah penuntut program Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang pengurusan sumber manusia di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)[2]Beliau bersama-sama isteri, Kholoud M. H. Elzaneen dan empat daripada lima orang anaknya meninggal dunia akibat serangan bom Israel di perkampungan mereka di Bait Hanon, Gaza, Palestin pada 8 Oktober 2023.[2][3] Berita kematian beliau tular dalam berita media Malaysia atas status beliau sebagai siswazah USIM.[4][1]

Mohammed_Alzaanin

Meninggal dunia 8 Oktober 2023
Bait Hanun, Gaza, Palestin
Pendidikan Doktor Falsafah (Ph.D) Pengurusan Sumber Manusia
Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA)
Sebab kematian Serangan bom dalam perang Israel-Palestin
Pusat pendidikan Universiti Sains Islam Malaysia