Mohd Radzi Md Jidin

YB Senator Dr. Mohd Radzi bin Md Jidin adalah merupakan Menteri Pendidikan Malaysia yang dilantik pada 10 Mac 2020.[2] Sebelum itu, beliau adalah bekas Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi[3] yang dilantik pada 2 Julai 2018 lalu. Beliau telah bertanding pada Pilihan raya umum Malaysia 2018 bagi kerusi Parlimen Ketereh menentang penyandang, Tan Sri Annuar Musa dari Barisan Nasional dan Wan Ismail Wan Jusoh dari PAS, namun beliau telah tewas kepada Annuar Musa dan Wan Ismail Wan Jusoh.[4]Sebelum terlibat dalam politik, beliau adalah pensyarah di bidang perakaunan di Universiti Tasmania, Hobart di Australia.[5]