Mohd._Sheriff_Mohd._Kassim

Tan Sri Dato' Mohd. Sheriff Mohd. Kassim P.S.M., D.S.D.K., D.P.M.S., K.M.N. merupakan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1991-1993).Pada 2017 beliau telah menyeru kerajaan untuk mengurangkan bilangan kakitangan kerajaan terutama pada peringkat bawahan, dan mendakwa bahawa Malaysia mungkin tidak mampu mengekalkan tenaga kerja ini sekiranya berdepan dengan masalah kewangan. Malaysia dijangka membelanjakan RM76 bilion bagi gaji dan elaun bagi kakitangan kerajaan, dan tambahan RM21 bilion bagi pencen.[1]Malaysia memiliki kadar kakitangan kerajaan berbanding penduduk paling ramai di Asia Pasifik, menggajikan 1.6 juta orang atau 11% tenaga buruh negara.