Menu
Mohd_Aidil_Zafuan_Abdul_Radzak KerjayaAidil Zafuan merupakan produk Sekolah Sukan Bukit Jalil. Dia mula mewakili Malaysia ketika berusia 16 tahun. Ketika berumur 18 tahun, Aidil mewakili pasukan Negeri Sembilan untuk kejohanan Piala Presiden dan Sukan Malaysia (SUKMA). Pencapaian terbaik Aidil bersama pasukan remaja Negeri Sembilan ialah memenangi pingat emas Sukan Malaysia pada tahun 2004.
Pada tahun 2004, Aidil mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC. Tahun berikutnya, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan bawah 20 tahun Malaysia pada kelayakan Belia Bawah 20 AFC. Setelah melayakkan diri ke India pada tahun 2006, Aidil diberi tanggungjawab untuk memimpin pasukan remaja Malaysia pada kejohanan Belia Bawah 20 AFC 2006 di India.
Pada tahun 2005, Aidil diberi peluang untuk mewakili pasukan utama Negeri Sembilan. Pada tahun itu juga, dia diberi peluang untuk beraksi bersama Negeri Sembilan sehingga muncul selaku juara Liga Super Malaysia dan naib juara Piala Malaysia
Aidil mula mewakili pasukan bawah 23 tahun Malaysia pada kelayakan Sukan Olimpik 2008. Dia kemudiannya terpilih mewakili pasukan bawah 23 tahun ke kejohanan Pestabola Merdeka di mana pasukan bawah 23 tahun Malaysia muncul juara setelah menewaskan Myanmar 3-1. Aidil kemudian mewakili Malaysia ke Sukan SEA Korat di Thailand pada tahun 2007. Namun Malaysia gagal membawa pulang sebarang pingat.
Aidil membuat penampilan sulung bersama skuad utama kebangsaan ketika bertemu kemboja. Pada perlawanan itu, Aidil berjaya menjaringkan gol pertamanya untuk pasukan kebangsaan. Aidil kemudiannya terpilih untuk mewakili Malaysia pada Piala Asia 2007. Dia hanya sempat beraksi pada perlawanan menentang Iran di mana Malaysia tumpas 0-2. Pada kelayakan Piala Dunia 2010, Aidil menerima kad merah pertamanya selepas bertelagah dengan pemain Bahrain Mahmood Abdul Rahman yang menyebabkan dia digantung tiga perlawanan oleh FIFA. Pada tahun 2008, Aidil terpilih untuk mewakili pasukan Malaysia XI untuk menentang Chelsea F.C.. Pada perlawanan tersebut, Malaysia XI tewas 0-2 kepada Chelsea F.C..
Pada 14 Julai 2016,beliau mengumumkan persaraannya daripada skuad kebangsaan bersama 3 rakan sepasukannya yang lain.
Menu
Mohd_Aidil_Zafuan_Abdul_Radzak KerjayaBerkaitan
Mohd Safee Mohd Sali Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak Mohd Khairuddin Aman Razali Mohd Amri Yahyah Mohd Shafie Apdal Mohd Ali bin Ismail Mohd Ali bin Mohd Rustam Mohd Faiz Subri Mohd Isa Abdul SamadRujukan
WikiPedia: Mohd_Aidil_Zafuan_Abdul_Radzak http://www.goal.com/en-sg/slideshow/4621/3/title/g... http://www.national-football-teams.com/v2/player.p... http://www.soccerway.com/players/aidil-zafuan-radz... http://johorsoutherntigers.com.my/player/aidil-zaf... http://www.fam.org.my/Modules/Page/Page.aspx?Id=11...