Mohd_Annuar_Zaini

Dato' Seri Mohd Annuar bin Zaini merupakan bekas Pengerusi Bernama, agensi berita nasional Malaysia yang mengendalikan Bernama TV di saluran 502 Astro dan Radio 24. Tempoh perkhidmatan beliau di Bernama dikatakan tamat pada 31 Januari 2010.Beliau dilahirkan di Taiping, Perak Darul Ridzuan. Bapanya seorang anggota polis yang bersara dari perkhidmatan polis pada tahun 1983. Semasa bersekolah, Mohd Annuar telah mendapat anugerah pelajaran dari Tabung Kebajikan Kelab PDRM Ipoh yang diusahakan oleh Hanif Omar (Tun) ketika menjadi Ketua Polis Daerah Ipoh.