Mohd_Anwar_bin_Hj_Mohd_Nor
Mohd_Anwar_bin_Hj_Mohd_Nor

Mohd_Anwar_bin_Hj_Mohd_Nor

Laksamana (B) Tan Sri Mohd Anwar bin Hj Mohd Nor (lahir 3 Disember, 1951) ialah kakitangan tentera Malaysia, beliau merupakan bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia yang bersara pada 31 Januari 2007. Beliau merupakan Panglima Angkatan Tentera yang pertama yang dilantik daripada Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). Selama lebih lima dekad, jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia secara tradisinya dilantik daripada kalangan pemimpin Tentera Darat Malaysia (TDM). Begitu juga selepas persaraan beliau, jawatan tersebut diambil alih pula oleh Jeneral Tan Sri Abdul Aziz Hj Zainal, Panglima Tentera Darat (PTD) sebelum itu.[1] Memandangkan jawatan itu dipegang semula oleh Jeneral daripada Tentera Darat Malaysia (TDM), pelantikan Tan Sri Mohd Anwar sebagai Panglima Angkatan Tentera merupakan sesuatu yang unik setakat ini.