Mohd_Apandi_Mohamad

Mohd Apandi Mohamad (Jawi: محمد افندی محمد) adalah ahli politik Malaysia kelahiran Kelantan dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau telah dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan, sebagai Ahli Dewan Negara mewakili dewan tersebut pada 10 Ogos 2020[1]. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen Jeli pada 1999 hingga 2004. Dalam parti, beliau telah menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Jeli sejak 2002. Beliau juga merupakan juruukur bertauliah dan ahli Institusi Juruukur Diraja Malaysia.