Mohd_Ariff_Sabri_Aziz

Mohd Ariff Sabri Aziz adalah bekas ADUN Pulau Manis dan pernah menang atas tiket Barisan Nasional/UMNO (2004-2008). Beliau merupakan bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan, Pahang (2000-2004) di bawah Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau lulusan Ekonomi dari Universiti Malaya dan University of Manchester (Owens). Di internet beliau dikenali sebagai Sakmongkol AK47[perlu rujukan] juga dikenali sebagai pengamal seni bela diri Muay Thai/tomoi. AK47 adalah senjata api buatan Rusia yang popular di Afghanistan kerana tahan lasak dan mudah guna.Mohd Ariff aktif dalam kegiatan blogger terutama melalui blog Sakmongkol AK47.[perlu rujukan]