Mohd_Azmi_Abdul_Hamid

Rencana ini mengandungi biografi seseorang, tetapi tidak ditulis mengikut panduan gaya rencana biografi Wikipedia. Perenggan pendahuluan mempunyai terlalu banyak maklumat yang boleh dibahagikan kepada seksyen-seksyen yang lebih kecil. Ia juga perlu ditulis mengikut ton seperti yang disarankan dalam WP:BLP serta hanya mengandungi maklumat yang boleh ditemui dalam sumber-sumber dipercayai.Mohd Azmi Bin Abdul Hamid ataupun dikenali sebagai Cikgu AzmiDilahirkan di Terengganu dan dibesarkan kampung Manjoi Perak. Lahir pada 3-Setempber-1958 Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah di Perak. Kini Beliau menetap di kampung pondok Kedah Darul Aman. Mempunyai 5 orang cahaya mata, berkongsi hidup bersama insan tersayang Puan Masadah Sajadi. Beliau menyambung pelajaran di UPM Bangi dalam Ijazah bidang pendidikan. Beliau pernah berkhidmat bersama MARDI sebagai pegawai penyelidik di Pulau Pinang. Beliau meletakkan jawatan dan terlibat dengan NGO dan menubuhkan sebuah institut pendidikan (Institut Salman Sungai Petani). Beliau sangat aktif dalam Pertubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia dan telah dilantik sebagai pengerusi wilayah, Pusat penyertaan pembangunan komuniti ABIM zon Utara. Dalam masa yang sama beliau telah menubuhkan Pusat analisis dan pembangunan UMMAH bertempat di Sungai Petani dan menjalankan penyelidikan dan pendidikan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Merupakan Presiden Teras Pengupayaan Melayu,(TERAS). Beliau kini menyandang jawatan Presiden Majlis Perunding Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Pengerusi Bersama Sekretariat Perhimpunan Sejuta Umat.Beliau juga bertugas di Consumers of Penang (CAP) sebagai Ketua Sektor Pendidikan Pengguna Pulau Pinang. Sumbangan beliau terhadap kepenggunaan amat besar dan beliau amat menitik berat akan soal isu pengguna dalam membela nasib pengguna dalam pemilihan pemakanan dan keperluan.Beliau dijadikan satu rujukan besar[perlu rujukan] dalam hal-hal yang melibatkan halal haram dalam aspek pemakanan dan pemakaian.Beliau kini sedang memperjuangkan nasib muslim Palestin, Syria, Rohingya, Uyghur dan Kashmir yang sedang ditindas. Elemen utama beliau adalah membantu umat Islam dengan memberikan sumbangan kewangan makanan dan keperluan asas. Hati beliau sangat murni dalam isu kemanusiaan. Jasa beliau dalam isu peperangan di Gaza amat dikagumi. Beliau megeluarkan kenyataan akhbar mengutuk tindakan tentera zionis yang membunuh rakyat Palestin yang tidak berdosa seperti kanak-kanak dan wanita yang tidak bermaya. Beliau sendiri telah berkali-kali ke Gaza untuk menghantar bantuan. Beliau telah menulis sebuah naskhah tentang Gaza yang diberi nama Gaza tidak akan menyerah kalah. Nukilan itu adalah hasil daripada pengalaman beliau sendiri yang berada di Gaza ketika menulis naskhah tersebut.Pada 3 Januari 2015, Beliau baru sahaja menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Pulau Pinang 1436H.[1]