Politik Mohd_Fasiah_Mohd_Fakeh

UMNO

Beliau telah menjadi Ahli Parlimen buat kali pertama pada tahun 2013 ketika berada di dalam UMNO. Setelah memenangi kerusi tersebut, beliau meneruskan tugas selaku wakil rakyat yang telah dipilih dan telah mengangkat sumpah jawatan untuk penggal kedua di Parlimen Malaysia pada 16 Julai 2018[2] lalu. Namun, beliau telah bersama-sama dengan 5 orang Ahli Parlimen dari UMNO telah mengumumkan untuk keluar dari parti tersebut dan menjadi wakil rakyat yang bebas.[3]

BERSATU

Selepas menjadi Ahli Parlimen bebas, beliau telah memohon untuk menyertai BERSATU. Pada 12 Februari 2019, keenam-enam bekas ahli UMNO yang memohon keahlian parti BERSATU telah diterima masuk dan telah diberikan kad keahlian oleh Pengerusi, Tun Dr. Mahathir Mohamad disaksikan oleh Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[4]