Mohd_Firdaus_Ahmad

YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad adalah EXCO Kerajaan Negeri bagi portfolio Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Kedah[1] yang telah dilantik pada tahun 2018. Beliau juga merupakan ADUN Kuah setelah memenanginya pada Pilihan raya umum Malaysia 2018[2] lalu. Beliau yang ketika itu berusia 32 tahun telah menewaskan penyandang kerusi tersebut Norsaidi Nanyan yang mewakili parti Barisan Nasional (BN). Beliau menjadi Exco termuda dalam sejarah Kerajaan Negeri Kedah dan juga Menjadi YB termuda dalam sejarah politik di Langkawi. Nama beliau disebut antara YB yang paling menyerlah kerana mempunyai pengalaman sewaktu bersama parti UMNO dan juga merupakan anak didik Norsaidi Nanyan satu ketika dahulu. Beliau turut mendapat pendedahan melalui program Parlimen Belia dan turut manjadi Ahli Parlimen Belia mewakili negeru Kedah. Antara yang menaikan nama beliau adalah kepetahan dalam ucapan beliau semasa sesi sidang dun kedah dan juga beliau dapat menarik perhatian masyarakat semasa dalam ucapan awam. Beliau menjadi salah seorang YB pilihan dimasa akan datang untuk menjawat jawatan Tertinggi dalam kerajaan Negeri sekiranya beliau mampu mengekalkan cara beliau sekarang ini.