Mohd_Kamil_Abd_Aziz

Dato’ Orang Kaya Sitiawan Dato’ Haji Mohd Kamil bin Abd Aziz ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan di DUN Gemencheh pada 2004 hingga 2013[1]. Pada Ogos 2019, beliau telah dipilih sebagai Penghulu Pesaka Luak Gemencheh selepas kematian penyandangnya, Dato' Haji Badarudin Haji Dahlan.