Pencapaian Mohd_Kasim_Mahmud

Antara anugerah yang pernah beliau menangi ialah Hadiah Sayembara Cerpen Perpaduan Kaum di Malaysia (1995), Hadiah Ketiga Pertandingan Menulis Cerpen Formula Malaysia (2000), Hadiah Ketiga Sayembara Menulis Cerpen Johor (2006) Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-ExxonMobil (2002) dan Hadiah Sastera Darul Ta’zim (1999,2004 dan 2005). Beliau meraih tempat kedua menerusi novel Badai Hujung Tanah di dalam Sayembara Menulis Novel Sejarah Johor Kedua pada 2008 anjuran Yayasan Warisan Johor. Blog beliau boleh dilayari menerusi laman http://mohdkasim.blogspot.com/