Mohd_Nakhaie_Haji_Ahmad

Dato' Mohd Nakhaie Haji Ahmad adalah seorang ahli politik UMNO yang pernah menjadi ahli dan Naib Presiden PAS. Beliau juga pernah mengasaskan pertubuhan ABIM pada 1975.Kemudian beliau menyertai UMNO pada 1989 sebelum pilihan raya umum Malaysia 1990. Selepas itu dilantik menjadi Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM). Ketika Operasi Lalang 1987 beliau dikatakan berada di luar negara dan terlepas dari ditangkap.[perlu rujukan] Beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan Timbalan Ketua UMNO bahagian Baling, Kedah.Beliau juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim). Beliau pernah dijemput oleh pihak RTM1 sebagai tetamu undangan. Tajuk popular beliau ialah 'Permasalahan Masyarakat Majmuk' secara Islam.