Yayasan_Dakwah_Islamiah_Malaysia
Yayasan_Dakwah_Islamiah_Malaysia

Yayasan_Dakwah_Islamiah_Malaysia

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Abdul Razak Hussein pada 1 Muharam 1394, iaitu 25 Januari 1974 yang bertujuan menyelaraskan kegiatan badan-badan dakwah serta NGO agar berjalan seiring dan sejajar dengan dasar negara serta menjadi pemangkin ke arah penyebaran dakwah di Malaysia.YADIM ialah sebuah badan amanah yang didaftarkan di bawah Trust Incorporation Ordinance 1952 yang bertanggungjawab secara langsung kepada YAB Perdana Menteri. Pengurusan YADIM bermula dengan Yang Dipertuanya yang pertamanya, iaitu Allahyarham Tan Sri Datuk Syed Nasir Syed Ismail (Tun) dan diikuti oleh beberapa orang Yang Dipertua yang berkaliber, iaitu Allahyarham YBhg. Dato’ Seri Hj. Kamaruddin bin Hj. Mohd. Isa, YB. Dato’ Dr. Mohd Yusof bin Noor (Tan Sri), YBhg. Allahyarham Tan Sri Dato’ Ainuddin bin Abdul Wahid, YBhg. Dato’ Dusuki bin Hj. Ahmad, YB. Dato’ Dr. Abdul Hamid bin Othman (Tan Sri), YBhg. Datuk Hj. Mohd. Nakhaie bin Hj. Ahmad, YBhg Datuk Dr Hj. Aziz Jamaludin bin Mhd Tahir, YB. Senator Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir bin Baharom (B), YB Senator Dato’ Dr Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki dan YBhg. Dr Yusri Mohamad. Buat masa ini, YADIM diterajui oleh AF Ustaz Nik Omar Nik Abdul Aziz.Setiap Yang Dipertua mempunyai idea, pendekatan visi dan misi yang tersendiri dalam menjadikan YADIM rakan pembinaan negara yang sentiasa mahu bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebaikan dan masa depan agama, ummah dan negara.