Kerjaya Mohd_Safiq_Rahim

Penglibatan awal

Safiq memulakan kerjaya sebagai pemain untuk pasukan selangor dalam kejohanan Piala Presiden2007, di mana ketika itu selangor muncul juara menewaskan Perak di final dengan keputusan 1-0.

Selangor (2007)

Safiq diserap masuk ke peringkat skuad senior Selangor di Liga Super pada tahun 2007. Namun kegagalannya mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama untuk skuad senior Selangor yang ketika itu dibimbing bekas penyerang kebangsaan Dollah Salleh memaksanya mencari haluan baru bersama pasukan berstatus kelab KL PLUS.

KL PLUS (2008)

Ketika bersama Pasukan KL PLUS, Safiq mempamerkan persembahan yang konsisten bersama skuad yang digelar Pahlawan Lebuhraya (Highway Warriors) meskipun hanya menjaringkan 2 gol dalam 19 penampilan pada keseluruhan musim itu.[12]

Selangor (2009-2012)

Pada 1 Disember 2009, diumumkan bahawa Safiq menandatangani kontrak dengan Selangor untuk kali kedua dari KL PLUS. Dia menyerahkan jersi nombor 8 menjelang musim 2010.[13] Safiq membuat debutnya musim bagi Selangor dalam kemenangan 1-2 ke atas Negeri Sembilan dalam Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Tuanku Abdul Rahman. Pada 19 Januari 2010, dia menjaringkan gol pertamanya untuk Selangor dalam kemenangan 4-0 ke atas Pahang. Pada 23 Februari 2010, Safiq membuat debutnya AFC dalam perlawanan seri 0-0 menentang Vietnam Becamex Bình Dương di Stadium Shah Alam. Dia menjaringkan gol pertama AFC Cup dalam kemenangan 5-0 ke atas Maldivian Victory SC pada 6 April 2010.[14]

Safiq telah menjaringkan 9 gol dalam semua pertandingan semasa debut musimnya.[15][16][17] Beliau adalah sebahagian daripada pasukan Selangor yang memenangi Liga Super 2010 Malaysia dan Perisai Amal Malaysia 2010.[18][19]

Setelah hampir semusim bersama skuad KL PLUS, Safiq kembali ke pangkuan skuad selangor yang baru dibimbing K.Devan yang mengambil alih jawatan jurulatih daripada Dollah Salleh pada tahun 2009.Safiq berjaya membantu selangor menjulang Piala Sumbangsih pada awal musim, diikuti oleh Liga Super dan Piala FA, keseluruhannya menjulang treble tahun 2009.

Pada musim 2010, Skuad selangor berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Super dan Piala Sumbangsih yang dimenangi musim lepas, apabila menjuarai ia sekali lagi. Namun pada musim 2011 dan 2012 skuad selangor kemarau trofi apabila tiada sebarang trofi dijulang untuk dua musim itu. Pada November 2012 Safiq memutuskan untuk berhijrah ke pasukan Johor (kini dikenali sebagai JDT) untuk musim 2013. Keseluruhannya Safiq menjaringkan 19 gol dalam 71 penampilan bersama selangor untuk empat musim.

Johor Darul Takzim (2013-2018)

Pada musim pertama Safiq bersama kelab Johor Darul Takzim, skuad yang digelar Harimau Selatan berjaya menduduki tempat ke-3 dalam Liga Super serta mara ke perlawanan akhir Piala FA namun tewas kepada pasukan Kelantan 1-0 pada perlawanan akhir. Pada musim 2014, kelab Johor Darul Takzim berjaya menjuarai Liga Super namun hanya mara ke separuh akhir Piala FA serta menjadi naib juara Piala Malaysia setelah tewas di final dengan sepakan penalti 5-3 selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2.[20][21]

Pada musim 2015, kelab Johor Darul Takzim bermula baik apabila menjulang trofi Piala Sumbangsih setelah menewaskan Pahang 2-0. Rentak cemerlang kelab diteruskan dengan memenangi Liga Super 2015 yang merupakan kejuaraan berturut daripada 2014. Selain itu, Johor Darul Takzim juga memenangi Piala AFC 2015 dan Safiq dinobatkan sebagai pemain paling bernilai (MVP) dalam kejohanan Piala AFC 2015. Selain itu, Safiq Rahim juga membantu pasukan Johor Darul Ta'zim menjuarai Liga Super musim 2014, 2015 dan 2016 iaitu 3 tahun berturut-turut. Safiq Rahim juga membantu menjuarai Piala Sumbangsih pada 2015 dan 2016 dan naib juara 2017 selepas tewas kepada Kedah dengan keputusan 3-4 selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 dan Juara Piala FA 2016 menewaskan PKNS FC 2-1.[22]

Melaka United (2019-kini)

Pada November 2018, Safiq telah mengikat kontrak dengan Melaka United bersama beberapa bekas pemain tonggak utama pasukan kebangsaan, iaitu Shukor Adan, Razman Roslan