Pendidikan Mohd_Tajol_Rosli_Mohd_Ghazali

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Teluk Intan dan di Lenggong, Perak. Kemudiannya, beliau meneruskan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson, Ipoh. Pada tahun 1964, beliau telah melanjutkan pelajaran ke Universiti Melbourne, Australia dan memperoleh segulung Ijazah Sarjana Muda Perdagangan.

Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Sri Datin Seri DiRaja Kamariah bt. Mokri dan mereka dikurniakan 3 orang cahaya mata.