Menu
Mohd_Zaman_Khan KerjayaBeliau menyertai Pasukan Polis Diraja Malaysia sebagai Kadet ASP pada bulan Jun tahun 1962, kemudian menghadiri Kursus Khas Kepolisan di Amerika pada tahun 1969.
Beliau pernah menjadi OCPD di Batu Gajah, Grik, Klang dan Georgetown (1964-1972). Seterusnya menjadi Ketua Trafik, IPK Wilayah Persekutuan KL (1972-1974), OCPD di Petaling Jaya (1974), Ketua CID di Selangor (1974-1977), Ketua Polis Negeri Sembilan (1977-1979), Ketua Polis Pulau Pinang (1979-1984) lalu menjadi Ketua Polis Kuala Lumpur (1984-Julai 1987) dan timbalannya ketika itu adalah SAC (B) Dato' Ahmad Tajuddin Bin Shahabudin.
Seterusnya, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pengarah Keselamatan Dalaman dan Ketenteraman Awam di Ibu Pejabat Polis (Ogos 1987-1989) dan ditukarkan sebagai Pengarah Bahagian Jabatan Penyiasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman (1989-1994) dan jawatannya yang terakhir dalam pasukan keselamatan adalah sebagai Ketua Pengarah Jabatan Penjara (1994-1997).[1]
Menu
Mohd_Zaman_Khan KerjayaBerkaitan
Mohd Safee Mohd Sali Mohd Asri Zainul Abidin Mohd Ali bin Mohd Rustam Mohd Shafie Apdal Mohd Khairuddin Aman Razali Mohd Amri Yahyah Mohd Shuhaily Mohd Zain Mohd Ali bin Ismail Mohd Faiz Subri Mohd Noor Helmy Abdul HalemRujukan
WikiPedia: Mohd_Zaman_Khan http://www.prison.gov.my/images/content/sejarah/za...