Mohd_Zin_Abdul_Ghani

Allahyarham Datuk Seri Wira Haji Mohd Zain Haji Abdul Ghani merupakan Ketua Menteri Melaka yang ketujuh dari 14 Oktober 1994 hingga 14 Mei 1997. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad telah setuju melantik beliau sebagai Ketua Menteri Melaka bagi menggantikan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yang telah melepaskan jawatannya sebagai Ketua Menteri berikutan terbabit dengan skandal membabitkan gadis di bawah umur. [1] Semasa kes itu dibicarakan, pentadbiran negeri Melaka 'dikendalikan' oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Datuk Ahmad Ithnin.[2]Selaku Ketua Menteri, beliau turut menerajui Perbadanan Kemajuan Tanah Adat Melaka (PERTAM). Seminar Melaka Bandaraya Bersejarah Negeri Berbudaya pernah diadakan pada 16 April 1996 dengan kerjasama Ketua Menteri Melaka dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Zin turut terlibat dalam perasmian Hari Sastera Kebangsaan pada 27 Mei 1995, perasmian Muzium Sastera pada 28 Mei 1995 dan pelancaran Pidato Munshi Abdullah anjuran Lembaga Bahasa Melayu Melaka pada 9 Disember 1995.[3]

Mohd_Zin_Abdul_Ghani

Lahir Templat:Birth year
Pekerjaan Ahli politik
Didahului oleh Abdul Rahim Tamby Chik
Pasangan Datin Seri Fatimah SamdinMeninggal 19 Oktober 2015 & Datin Seri Rosehani Ismail
Digantikan oleh tukar nama kawasan
Parti politik BN(UMNO)
Majoriti (PRU-8)
(PRU-7)
Anak-anak Rozila Aini Binti Mohd Zin
Meninggal dunia 14 Mei 1997(1997-05-14) (umurĀ 56) bulan tidak sah hari tidak sah
Kediaman Seri Aduka, Kampung Melekek Luar, Alor Gajah