Mojilip_bin_Bumburing

Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred merupakan ahli politik Malaysia. Beliau adalah bekas Anggota Parlimen bagi kawasan Tuaran, Sabah dari parti United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO); sebuah parti komponen Barisan Nasional dari 2008 hingga 2013.[3] Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013 beliau telah bertanding semula di atas tiket Parti Keadilan Rakyat bagi kerusi Tuaran tetapi kalah kepada calon Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) - Barisan Nasional namun begitu beliau telah menang kerusi Tamparuli bagi Dewan Undangan Negeri Sabah. Beliau juga pernah menyertai parti Pertubuhan Kebangsaan Pasok Nunukragang Bersatu (PASOK) dan Parti Bersatu Sabah (PBS).[4] Beliau merupakan Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) merupakah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) baru yang dilancarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 22 Julai 2011.