Perlanggaran Momentum

Di dalam momentum, perlanggaran terbahagi kepada dua iaitu Perlanggaran Kenyal dan Perlanggaran Tak Kenyal

Perlanggaran Kenyal

Perlanggaran kenyal adalah dimana objek-objek yang berlanggar tidak bercantum sesama sendiri selepas perlanggaran. Maka, mengikut prinsip Prinsip Keabadian momentum perlanggaran kenyal adalah

m a u a → + m b u b → = m a v a → + m b v b → {\displaystyle m_{a}{\vec {u_{a}}}+m_{b}{\vec {u_{b}}}=m_{a}{\vec {v_{a}}}+m_{b}{\vec {v_{b}}}}

Bagi perlanggaran kenyal, tenaga kinetik adalah malar atau tidak berubah.Di mana tenaga kinetik ini di simpan dalam bentuk tenaga keupayaan. Maka, jumlah tenaga kinetik sebelum dan selepas perlanggaran adalah sama.

Perlanggaran Tak Kenyal

Perlanggaran Tak Kenyal adalah dimana objek-objek yang berlanggaran bercantum sesama sendiri selepas perlanggaran. Maka, mengikut prinsip Prinsip Keabadian momentum perlanggaran tak kenyal adalah

m a u a → + m b u b → = ( m a + m b ) v → {\displaystyle m_{a}{\vec {u_{a}}}+m_{b}{\vec {u_{b}}}=(m_{a}+m_{b}){\vec {v}}}

Walau bagaimanapun, jumlah tenaga kinetik bagi perlanggaran tak kenyal sebelum perlanggaran berbeza dengan selepas perlanggaran. Ini kerana ketika perlanggaran, sebahagian daripada tenaga kinetik ditukar kepada bentuk tenaga lain seperti haba etc.