Kematian Momo_Makarim

Allahyarhamah Momo Latiff, atau panggilan mesranya, Mak Momo, menghembuskan nafas terakhirnya di samping keluarga serta rakan-rakan terdekat dirumah rumah anaknya, Kamaliah Latiff pada petang 10 Disember 2015 di Singapura pada usia 92 tahun selepas koma akibat penyakit darah tinggi.[2][3] Beliau meninggalkan 10 orang anak (dua anaknya sudah meninggal dunia) serta puluhan cucu-cicit. Beliau meninggal selang sembilan hari selepas kematian seniwati Mariani.[4]

Ramai pelawat yang telah datang berkunjung bagi memberikan penghormatan terakhir kepada seniwati Jalan Ampas itu.[5][6]

Di kalangan mereka ialah Anggota Parlimen GRC Sembawang, Amrin Amin, mantan Setiausaha Parlimen Kanan, Yatiman Yusof serta rakan-rakan artis seperti seniwati Zaiton, Norsiah Hamid dan Nona Asiah.[7][8]

Veteran dunia seni dari Malaysia seperti Razzi M, Hashimah Yon, K. Fatimah, J.A. Halim, Fatimah M Amin, Norsiah Hamid dan ramai lagi turut memberikan penghormatan terakhir.[9]

Jenazah beliau disembahyangkan di Masjid Ahmad Ibrahim sebelum dikebumikan di Pusara Abadi, You Chu Kang selepas solat Jumaat.[10][11][12]

Rujukan

WikiPedia: Momo_Makarim http://news.asiaone.com/news/showbiz/veteran-actre... http://www.astroawani.com/berita-hiburan/seniwati-... http://www.imdb.com/name/nm1402678/ http://www.straitstimes.com/lifestyle/entertainmen... http://www.astrogempak.com.my/artikel/2068/seniwat... http://www.bharian.com.my/node/103902 http://www.bhplus.com.my/node/103879 http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/momo-latif-m... http://www.thestar.com.my/news/nation/2015/12/10/v...