Estetika Mona_Lisa

Perincian latar belakang (kanan)

Lukisan ini merupakan antara lukisan potret yang pertama yang menggambarkan model di depan landskap bayangan pelukis dan Leonardo merupakan antara pelukis yang pertama yang menggunakan perspektif udara dalam lukisan.[3] Leonardo menggunakan bentuk piramid bagi meletakkan wanita itu di dalam lukisan. Tangannya yang berlipat membentuk sudut hadapan piramid. Dada, tengkuk dan muka berada dalam sinaran cahaya yang sama dengan tangannya. Cahaya memberi kesan geometri bulatan dan sfera kepada permukaan hidup di dalam lukisan.

Wanita yang penuh misteri ini digambarkan duduk di serambi terbuka dengan tiang-tiang gelap di kedua-dua belahnya. Di belakangnya terdapat landskap luas yang menghilang di gunung-gunung berais. Jalan berlengkung-lengkung dan sebuah jambatan yang jauh memberi hanya sedikit bayangan akan kehadiran manusia. Lengkung rambut serta pakaian wanita itu yang membelai rasa dibayangkan pada lembah dan sungai yang beralun di belakangnya. Garis bentuk yang kabur, bentuk tubuh yang lemah lembut, perbezaan ketara antara kecerahan dan kegelapan, dan perasaan keseluruhan yang tenang merupakan ciri gaya Leonardo.

Leonardo menggunakan formula mudah bagi model wanita yang duduk: yakni, gambaran Madonna yang tersebar luas pada masa itu. Beliau mengubah formula ini dengan berkesan bagi menimbulkan perasaan visual bahawa terdapat kejauhan di antara model dan pemerhati. Tempat letak tangan menjadi unsur pembahagi di antara Mona Lisa dan pemerhati.

Perincian tangan, tangan kanan terletak di atas tangan kiri. Leonardo memilih tanda ini dan tidak sebentuk cincin sebagai isyarat ynag Lisa seorang wanita berakhlak baik dan isteri setia.[4]

Model duduk tegak dengan lengan berlipat, yang menggambarkan gaya dirinya yang berjauhan. Hanya tenungannya ditujukan kepada pemerhati dan beliau seakan mengalu-alukan komunikasi senyap ini. Perhatian ditarik kepada mukanya yang bersinar oleh sebab ia dikelilingi oleh unsur yang lebih gelap (rambut, vel, bayang-bayang). Wanita itu kelihatan seolah hidup — Leonardo mencapai kesan ini dengan cara baharunya yang tidak menggunakan garis bentuk yang hanya digunakan "dalam dua unsur: bahagian tepi mulut dan mata" (Gombrich), dengan ketara seperti yang digunakan sebelum (sfumato).[5] Tidak terdapat bayangan dialog intim di antara wanita itu dan si pemerhati seperti di dalam lukisan Portrait of Baldassare Castiglione ("Potret Baldassare Castiglione") oleh Raphael yang dilukis 10 tahun terkemudian, dan yang dipengaruhi oleh Mona Lisa.