Monolog

Dalam bidang teater, monolog [mo-no-log] (daripada Bahasa Yunani: μονόλογος gabungan μόνος mónos, "tunggal" and λόγος lógos, "pertuturan") ialah suatu percakapan atau pidato disampaikan seorang watak dengan bertujuan meluahkan perasaan dan isi hati dalaman secara lantang sambil juga mengaju kepada seorang watak yang lain ataupun kepada penonton. Ia sering didapati pada pelbagai media yang menampung unsur drama (pementasan, films,[1] dan sebagainya) ataupun sebaliknya (misalnya puisi[2]).