Monumen_Washington
Monumen_Washington

Monumen_Washington

Monumen Washington ialah sebuah obelisk yang terletk di bahagian barat National Mall di Washington D.C.. Ia dibina untuk mengingati Presiden pertama Amerika Syarikat, General George Washington. Monumen ini terdiri daripada granit, marmar dan gneis. Selain itu, ia merupakan binaan batu dan obelisk yang tertinggi di dunia, dengan ketinggian mencecah 169.294 meter. Ada lagi tiang monumen yang lebih tinggi, tetapi tidak satu pun yang dibuat sepenuhnya dari batu ataupun obelisk yang sebenar. Ia juga merupakan struktur tertinggi di Washington D.C..Monumen ini direka oleh Robert Mills, seorang arkitek pada tahun 1840-an. Pembinaan monumen ini bermula pada tahun 1848 dan tamat pada 1884, 30 tahun selepas kematian arkitek tersebut. Pembinaan ini menelan belanja sebanyak $1,187,710.[1]