Sinopsis Motif_(filem_2019)

Inspektor Dewi (Sharifah Amani) seorang inspektor perempuan dari bandar yang ditugaskan untuk menyiasat kes kehilangan seorang remaja perempuan, Anna di pekan Tanah Merah. Anna terakhirnya dilihat di sebuah hotel lama. Inspektor tempatan, Rizal (Taqim Zaki) ditugaskan membantu Dewi. Kehadiran Dewi tidak disenangi oleh penduduk situ dan menerima tentangan hebat dari ayah remaja yang hilang itu, Hussein (Rosyam Nor) yang merupakan orang kaya Tanah Merah tetapi dia tidak percayai kebolehan Dewi. Sementara itu, Dewi juga ada masalah peribadinya kerana dia sedang dalam hubungan poligami dengan seorang lelaki yang ada isteri pertama.

Apabila Anna ditemui dibunuh, semua orang berkaitan dengan Anna disyaki, semua dengan motif tersendiri, bolehkah Dewi selesaikan kes bunuh ini?