Sejarah Motosikal_sport

Contoh motosikal sport terawal termasuklah Honda CB750K dan Kawasaki Z1

Sehingga lewat 1960-an, motosikal terbahagi kepada tiga format utama:

  • Motosikal bekerja: Umumnya di bawah 250 cc serta berkuasa rendah sekadar mencukupi sebagai pengangkutan untuk pergi bekerja.
  • Motosikal umum: Umumnya di bawah 500 cc / 650 cc untuk digunakan sebagai motosikal bekerja, tetapi dengan lebih keluaran kuasa supaya dapat digunakan untuk berseronok pada hujung minggu.
  • Motosikal kembara: Apa jua jenis motosikal dengan saiz enjin melebihi kedua-dua kategori di atas dan dibina terutamanya untuk mengembara.

Syarikat motosikal pertama yang dikatakan telah memecahkan acuan tersebut ialah Vincent Motorcycles. Dirka sebagai motosikal kembara, tumpuan model-model buatan Vincent terhadap kelajuan adalah mengagumkan pada zaman di mana lebuh raya masih belum wujud. Walau bagaimanapun, pengendaliannya adalah ringkas.

Kemudian pada tahun 1960-an, dua buah motosikal dibangunkan supaya boleh digunakan sebagai pengangkutan harian di samping berlumba pada hujung minggu, dan model-model tersebut adalah motosikal sport pertama di dunia. Motosikal-motosikal tersebut adalah BSA Rocket 3/Triumph Trident dan Honda CB750K.

Walau bagaimanapun, model Kawasaki Z1 model tahun 1971 dengan enjin DOHC 900 cc adalah model yang bertanggungjawab merintis ke arah era motosikal sport moden. Motosikal Z1 sangat popular sehinggakan sehingga akhir dekad tersebut pengeluar motosikal Jepun yang lain turut meniru formula Z1 dan konfigurasi enjin DOHC 4 sebaris dalam model keluaran mereka. "Perang motosikal" yang tercetus antara pengeluar motosikal Jepun mnyumbang kepada kejatuhan industri motosikal British.