Mualaf

Muallaf dilencongkan ke sini. Untuk sebuah filem bertajuk Muallaf lihat Muallaf (filem).Dalam agama Islam, Mu'allaf adalah panggilan bagi individu yang bukan muslim atau bukan Islam yang mempunyai harapan masuk agama Islam atau Islam warisan yang imannya masih perlu disokong dan dikukuhkan. Pada Surah At-Taubah Ayat 60 disebutkan bahawa para mu'allaf termasuk orang-orang yang berhak menerima zakat.Dalam sejarah Islam golongan mualaf merupakan orang yang paling penting dalam mengembangkan ugama Islam. Antaranya adalah golongan sahabat yang memeluk Islam dan mengembangkan Islam dengan sepenuh jiwa dan raga mereka.Islam sebagai agama yang prihatin, awal-awal lagi telah memberi jaminan bahawa orang memeluk Islam, kini dianggap sebagai bersaudara dan perlu dibantu. Dengan itu mereka kini dikenali sebagai saudara baru yang nasib mereka perlu dibela sehinggalah mereka boleh berdikari. Adalah menjadi tanggungjawab orang Islam untuk memberi sokongan dan kekuatan kepada Saudara Baru yang kini dianggap sebagai saudara dalam agama, terutama dalam bentuk bantuan kebajikan, moral, kewangan dan pembelajaran. Ianya hendaklah bermula dari seawal proses pengislamannya sehinggalah kepada pengurusan kematiannya. Ini semua merupakan satu tuntutan dalam Islam.