Sebahagian daripada
siri berkaitan
IslamAllah •
Kitab •
Malaikat •
NabiHari Akhirat •
Qada dan QadarSyahadah •
Solat •
PuasaZakat •
HajiMakkah •
MadinahBaitulmuqaddisAidilfitri •
AidiladhaHukumAl-Quran •
Sunnah •
HadisSejarahGaris Masa Sejarah IslamKhulafa al-RasyidinKhalifah •
KhilafahTokoh IslamMuhammadAhlul Bait •
Sahabat Nabi MazhabAhli Sunah WaljamaahHanafi •
SyafieMaliki •
HanbaliBudaya Dan MasyarakatAkademik •
Haiwan •
SeniTakwim •
Kanak-kanakDemografi •
PerayaanMasjid •
Dakwah •
Falsafah Sains •
Wanita •
PolitikLihat jugaKritikan •
IslamofobiaGlosariSebahagian daripada
siri Fiqh Islam(suatu disiplin kajian Islam)
Zakat (زكاة) (dari kata tazakka - mensucikan) (
bahasa Inggeris: almsgiving atau tithing) ialah derma yang wajib diberikan orang
Islam yang mampu kepada 8 golongan (asnaf) yang berhak menerimanya. Umumnya wujud dua pendapat, ada menyatakan rukun Islam ketiga ialah puasa Ramadan dan ada yang menyatakan rukun ketiga Islam ialah zakat.
[1] Ini kerana, kefarduan zakat datang setelah datangnya kefarduan puasa Ramadan pada tahun kedua hijrah. Namun begitu, zakat adalah lebih sesuai diletakkan sebagai rukun Islam ketiga. Hujahnya, zakat sudah diseru oleh Allah SWT sejak zaman Mekah lagi. Bahkan zakat juga disebutkan di dalam hadis sebagai rukun ketiga selepas daripada solat.
[2] Lagi pun di dalam al-Quran sendiri, Allah SWT banyak menggandingkan zakat seiring solat. Ada 30 ayat semuanya.Dari segi bahasa zakat bererti bersih, suci, subur dan berkembang.Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:Manakala dari segi syarak, zakat ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta yang tertentu kepada golongan tertentu apabila cukup syarat-syaratnya.Menurut siri
ceramah agama
Islam yang dikomentarkan oleh bekas
Mufti Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin, beliau telah berkata bahawa Saidina
Umar Al-Khattab pernah berkata bahawa: "Berilah zakat kepada seseorang (yang fakir miskin) itu menjadi kaya". Ustaz Dr. Asri telah menerangkan bahawa kenyataan yang dimaksudkan oleh Saidina Umar Al-Khattab itu membawa erti pemberian zakat perlu dilaksanakan sehingga tiada lagi orang fakir miskin serta orang fakir miskin itu telah keluar (bebas) dari wilayah kefakirannya itu.