Mufti_Negara_Singapura

Majlis Ugama Islam Singapura atau MUIS merupakan sebuah badan berkanun di Singapura. Peranannya adalah untuk menjaga kepentingan komuniti Muslim Singapura. MUIS ditubuhkan pada 1968 di bawah penguatkuasaan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (AMLA). MUIS juga berperanan menasihati Presiden Singapura dalam hal yang mengenai Islam di Singapura[1]. MUIS juga berperanan menyekat penyebaran ajaran yang sesat daripada agama Islam[2].MUIS juga bertanggungjawab dalam urusan zakat dan menjalankan aktiviti menyokong masjid dan madrasah menerusi geran, program dan pembiayaan bagi latihan guru madrasah, pegawai keagamaan masjid, sukarelawan dan pegawai pembangunan belia[3]. Selain itu, MUIS turut bertanggungjawab terhadap aktiviti dakwah dan pendidikan awam, pembangunan pendidikan Islam, dan pembiayaan pentadbiran amil serta bantuan bagi mualaf[3].

Mufti_Negara_Singapura

Singkatan MUIS
Ibu pejabat 273 Braddell RoadSingapore 579702
Presiden Haji Mohammad Alami Musa
Ditubuhkan 1968
Laman web rasmi https://www.muis.gov.sg/
Ketua Eksekutif Encik Esa Masood
Jenis Badan berkanun