Kerjaya Muhamad_Khalid_Jamlus

Pada musim pertamanya bersama Perak, Khalid merupakan pemain paling diminati. Khalid menjalani ujian pemilihan di Eintracht Frankfurt pada 2002, namun dia gagal meyakinkan kelab itu untuk mengambilnya. Bakat Khalid disedari oleh sebuah lagi kelab divisyen dua Jerman, SV Greuther Furth yang bersedia memberi kontrak. Bagaimanapun Khalid mengalami kecederaan betis pada sesi pemilihan terakhir sekaligus meranapkan impiannya untuk kekal di Jerman. Pada musim 2004, dia berpindah dan mengikat kontrak bersama Selangor. Selepas dua musim bersama Selangor, Khalid kembali ke Perak dan membentuk gandingan sensasi bersama Keita Mandjou apabila menjaringkan 15 daripada 36 gol. Ini sekaligus meletakkannya selaku pendahulu untuk Anugerah Penyerang Paling Popular Anugerah Bola Sepak Malaysia.[2]

Pada musim 2008, Mandjou meninggalkan Perak dan Khalid membentuk gandingan bersama Carlos Cáceres.

Pada musim 2009, Khalid dan Ahmad Azlan Zainal bersama-sama mengikat kontrak dengan Kelantan.