Muhammad_Faiz_Na’aman

Dr. Muhammad Faiz Na’aman adalah merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU yang dilantik pada 2016. Beliau berkelulusan doktor perubatan (MBBS) dari Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS) dan pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur.[1][2][3] Beliau kini bergelar usahawan dalam pelbagai jenis perniagaan. Sebelum penubuhan Parti BERSATU, Dr. Faiz Na'aman merupakan Ahli Dewan Tertinggi NGO PERKASA. Dr. Faiz Na'aman juga menjawat jawatan selaku Timbalan Presiden ASEAN-China Business Council (ACBC) dan dilantik ahli lembaga pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) sejak 2018.[4]