Muhammad_Safwan_Jahri

Muhammad Safwan bin Jahri dilahirkan pada (1989-08-23) 23 Ogos 1989 (umurĀ 30) dan berasal dari Gombak, Selangor Darul Ehsan. Beliau merupakan salah seorang anggota Kumpulan Nice yang aktif pada tahun 2007.Sebelum menggangotai Kumpulan Nice, Safwan pernah menganggotai kumpulan Aeman yang bernaung di bawah pengurusan Hijjaz Records Sdn. Bhd. Namun atas sebab-sebab tertentu, beliau mengundur diri daripada kumpulan Aeman pada tahun 2006. Safwan telah pun melanjutkan pelajarannya ke Universiti Malaysia Sabah dalam bidang Pengurusan Perniagaan.